BAGAIMANA KAMI MENYOKONG ANDA?

Kejayaan anda penting untuk kami.
Oleh itu, kami bersedia membantu anda mencapai matlamat perdagangan anda, dari saat anda menyertai kami.

Perkhidmatan peribadi

Untuk memastikan bahawa anda selesa dengan produk kami pada masa pertama kali berdagang dengan kami, kami mempunyai pasukan yang berdedikasi untuk menyediakan panduan satu ke satu.

Pasukan pakar yang peramah

Dapatkan sokongan berterusan untuk penggunaan perdagangan dan platform anda apabila anda memerlukannya dari pasukan perkhidmatan perdagangan kami yang besar dan berkemahiran tinggi.

Mudah untuk dihubungi.

Hubungi kami melalui telefon, e-mel, Twitter atau chat. Kami ada 24 jam sehari.

Keselamatan Dana Pelanggan

Dana anda dijamin sepenuhnya semasa anda berniaga dengan Basel Markets.

Aktiviti terkawal secara global

Perlindungan baki negatif

Kawalan Dalaman Ketat

Sistem Perlaksanaan Maju

Perlindungan Dipertingkatkan

Melindungi pelanggan kami adalah matlamat utama kami, atas sebab ini Basel Markets menyediakan jaminan penting supaya perdagangan anda dengan kami lebih selamat.

Dana
Berasingan Sepenuhnya

Sebagai syarikat yang dikawal selia, Basel Markets perlu memisahkan wang dan aset pelanggan dari sumber mereka sendiri. Ini bermaksud bahawa kami tidak dibenarkan menggunakannya sepanjang tempoh aktiviti perniagaan kami, dan wang pelanggan dilindungi sepenuhnya secara ring-fence sekiranya BM jatuh muflis.

Basel Markets dibenarkan untuk menjalankan perniagaan pelaburan olehSt. Vincent dan The Grenadines (SVG). Pihak SVG memastikan firma-firma yang dipantau mereka untuk memegang dana pelanggan dalam akaun asing daripada akaun mereka sendiri.

Perlindungan Baki Negatif

Kami mematuhi Dasar Perlindungan Baki Negatif disediakan oleh pihak ESMA(European Securities and Markets Authority), NCA (National Competent Authorities) dan FCA (Financial Conduct Authority) bahawa pelanggan tidak boleh kehilangan lebih banyak daripada apa yang dilaburkan sekiranya berlaku ketidakstabilan pasaran yang melampau. Perlindungan baki negatif direka bentuk sebagai backstop jikalau panggilan margin tidak dicetuskan atau pun dicetuskan lambat akibat pergerakan harga secara tiba-tiba. 

Cookies are files stored in your browser and are used by most websites to help personalise your web experience.
Risk Warning: Our products are traded on margin and carry a high level of risk and it is possible to lose all your capital.
These products may not be suitable for everyone and you should ensure that you understand the risks involved.